Selaraskan jersey dengan identiti brand
Berikan logo dalam fail yang jelas, kod warna rasmi jika ada dan panduan penggunaan logo. Kami boleh membina design berdasarkan identiti syarikat tanpa mengubah bentuk logo asal.
Kegunaan biasa
- Team building dan family day.
- Kejohanan sukan antara jabatan.
- Roadshow, kempen atau aktiviti promosi.
- Uniform santai untuk pasukan operasi.
- Hadiah kakitangan dan program komuniti.
Pilihan gaya
Polo memberi penampilan lebih formal, manakala Round Neck atau V-Neck sesuai untuk aktiviti santai dan sukan. Potongan muslimah dan lengan panjang boleh menggunakan konsep visual yang sama.
Quotation untuk kuantiti besar
Harga sehelai berkurang mengikut tier kuantiti. Gunakan kalkulator untuk anggaran awal, kemudian hantar kuantiti tepat, tarikh, lokasi dan pilihan jersey untuk quotation akhir.
Penghantaran
Penghantaran disediakan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk KL dan Selangor, pilihan self-pickup atau delivery boleh dibincangkan mengikut tempahan.
