Apa itu jersey sublimation?
Sublimation ialah kaedah cetakan yang memasukkan warna dan corak ke dalam fabrik. Ia membolehkan design penuh digunakan pada bahagian badan dan lengan tanpa rasa lapisan cetakan yang tebal. Kaedah ini sesuai untuk aktiviti team, sukan, kelas, event dan pakaian korporat.
Apa yang boleh dicustom?
- Gabungan warna, corak dan tema keseluruhan jersey.
- Logo team, sekolah, syarikat atau event.
- Nama dan nombor yang berbeza untuk setiap pemakai.
- Round Neck, V-Neck, Polo, Retro, Mandarin atau NFL.
- Potongan standard atau muslimah serta lengan pendek atau panjang.
Harga asas semasaRM15 hingga RM25 sehelai bergantung pada kuantiti. Minimum tempahan website ialah 10 helai. Pilihan tertentu mempunyai add-on.
Proses tempahan
- Hantar kuantiti, tarikh diperlukan, lokasi dan contoh design.
- Kami semak keperluan dan sediakan quotation.
- Design dimuktamadkan sebelum printing dan jahitan bermula.
- Selepas siap dan baki dijelaskan, tempahan dihantar atau diatur untuk self-pickup jika berkenaan.
Tempoh siap
Anggaran biasa ialah 5–7 hari selepas design disahkan tanpa pindaan. Tempoh sebenar bergantung pada kuantiti, jenis jersey dan jadual pengeluaran. Jika anda mempunyai event, maklumkan tarikh sebenar lebih awal.
